Sunday, May 09, 2010

Putaran Kehidupan

Assalamualaikum W.B.T...

Setiap permulaan ade pengakhiran dan setiap pertemuan pule pastinye akan diakhiri dengan perpisahan..

Kini status sebagai seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia hanye tercatat pade kad matrix semate-mate dan bukan lagi pade realiti kehidupan..

Realiti kehidupan telah berubah daripada seseorang yang bergelar mahasiswa kepada seorang manusia yang akan mule bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga..

Taknak Sambung MASTER kew??

Soalan yang paling famous yang keluar dari mulut kawan-kawan dan jugak junior-junior pada budak-budak final year..Awal-awal dulu memang semangat sangat-sangat nak sambung..tp bile dah merase bagaimane susah dan seksenye nak wat final year project,semangat nak sambung master terus mengecut kew tahap yang paling maximum..huhu..tapi sebenarnye teringin kot..bile pikir-pikir balik ape salahnye kalo sambung kn..alang-alang otak still boleh lagi memproses maklumat,masih lagi boleh menerima ilmu..tak elok nak sia-siakan macam tu jew..hmm, fenin-fenin..Master kew keje???Master kew keje??

Bile da habez study nie mule la terkenang-kenang segale peristiwe pahit, manis, masam, kelat, 3 rase..tapi semua peristiwe tu da jadi sejarah yang takkan dapat diputarkan kembali..sob3..

Bermula dengan minggu orientasi yang sangat mencabar dan berakhir dengan viva(presentation final year project) yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan rase kecuakkan..Berdepan dengan pelbagai ragam lecturer..bolehkah aku present dengan baek 11 MEI 2010 kul 4 pm nanti??InsyaAllah, tiade ape yang mustahil..Soklan yang akan ditanye,adakah soalan yang complicated??mintak-mintak dijauhkan..

Rindunye pade junior-junior semua..Amal, Syida, Piah, Raden, Hana..bile lagi ek kite bley jumpe..rindu sangat-sangat-sangat-sangat kat korang...Terime kasih kat semua coz jadi junior-junior yang baek dengan kak nurul..banyak suke duke kite bersame kan..korang semua buat LI elok-elok eh..bile da start jadi final year student, wat projek korang dengan terbaek eh..Kak nurul sentiase mendoakan yang terbaek untuk korang semua..InsyaAllah,kalo ade jodoh dan diizinkan Allah kite akan jumpe lagi..p/s: jangan lupe bagi kak nurul bunge tyme kak nurul grad nnt eh..tak pon bagi teddy bear beso..hehe..gurau je..korang datang jumpe kak nurul pon da jadi hadiah terbaek bagi kak nurul..pastu kite tangkap gamba ramai-ramai..wah,tak sabar nak tunggu hari tersebut..hehe..

Shazwani Shaikh Bokhdi, Nur Farhamizah, Syazwani Nasir, Fadzilah, Azilah, Masyitah dan semua lah budak-budak yang da nak keluar dari USM yang disayangi..kite juge akan menjarakkan hubungan yang disebabkan oleh perbezaan negeri masing-masing..bile lagi bley jumpe korang-korang eh..tp, yang pasti tyme grad nanti la eh kite akan wat reunion kembali..lebey kurang 2 bulan lebey jew lagi kite-kite nak grad kan..cepatnye mase berlalu..yati ngan enol jangan terase lak aku tak mention name korang kat cini..kite kan duk dekat-dekat jew..walaupon da berpisah sebagai kawan sekuliah tapi kite tetap akan jadi kawan senegeri walaupon aku hometown kat kedah..heh3!!kalo ade mase kite bley keluar same-same lagi..jom meronggeng..

Setiap ape yang berlaku sepanjang perkenalan kite sebagai kawan-kawan seuniversiti tak kire lah peristiwa manis kew pahit kew akan menjadi kenangan terindah yang pernah terlakar dan akan ku simpan dalam memori ingatan jangka panjangku..

Khas buat semua student-student, lecturer-lecturer, staff-staff dan sape2 lah yang ade kaitan ngan USM..Terime kasih kerana mengizinkan aku duduk kat Usm nie selame 3 tahun..segale ilmu, kemahiran dan jase baek yang telah diperturunkan kat aku hanye Allah saje yang dapat membalasnye..Terime kasih yang tak terhingge diucapkan buat semua..Luv USM forever...


Gambar-gambar kenangan sepanjang 3 tahun di USM..


First year: Explorasi Mukahead,Taman Negara Penang..1st aktiviti
bersame skul Bio..
Amali Mukahead..nie lah hasilnye..tikus tuk masak
tengahari..yum3!!

Teman-teman seperjuangan- karate..


Bersame kumpulan nasyed FarEast...


Practical zoology: Bedah katak dan cicak..

FieldWork ke Pusat Aquarium Teluk Bahang, Penang....
Latihan Industri di Zoo Taiping...
Jom maen ngan anak singa..
Meronggeng ke Komtar
Berada di block Saujana M04 tyme cuti sem..
Zoologist-3rd year...

Bionite-Malam Seribu Kenangan..

Wednesday, May 05, 2010

Hati dan Perasaan

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita
Berjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertutup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita.

Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang
Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian
Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-
Apa Pun Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang
Pernah Dialami.

Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah
Kita Kehilangannya Dan Juga Benar
Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita
Rindukan Sehinggalah 'Ia' Datang.

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka
Akan Menyintai Anda Kembali!

Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di
Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia
Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di
Dalam Hati Anda. Ia Cuma Mengambil
Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada
Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai
Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai
Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa
Sepanjang Hidup Untuk Melupakan
Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan
Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan
Susut.

Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda
Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan
Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan
Hari Yang Suram. Carilah Yang
Membuatkan Hati Anda Tersenyum. Akan
Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan
Seseorang Sehingga Anda Ingin
Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan
Memeluknya Dengan Sebenar.

Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda
Tujui Dan Jadilah Apa Yang Anda
Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki
Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk
Melakukan Semua Perkara Yang Ingin
Anda Lakukan.

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang
Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda
Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang
Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah
Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup
Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu
Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut
Seseorang. Jika Anda Rasa Ianya
Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin
Menyakitkan Orang Lain Juga.

Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak
Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang
Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang
Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang
Datang Di Dalam Perjalanan Hidup
Mereka.

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka
Yang Menangis, Mereka Yang Terluka,
Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka
Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang
Boleh Menghargai Kepentingan Manusia
Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.

Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar
Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan
Tangisan. Masa Depan Yang Cerah
Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang
Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak
Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan
Sempurna Sehingga Anda Melupakan
Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.

Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda
Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda
Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang
Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis

Tuesday, May 04, 2010

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH

Assalamualaikum W.B.T..

Ilmu untuk manfaat bersama..

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19

( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Mengimbau Kenangan Lame

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1990.. MESTI KORANG INGAT..TIME-TIME SEKOLAH DULU..

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua
kat seblah...pastu gosok gigi ikut yang misi tu tunjuk kat gigi besar tu..

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada
gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning
tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim
ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah,
jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti
kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main
bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol,
batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main
kejar2 ...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada
byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main
dulu ni.

baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We
Are the World
, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang
tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti
tanpa handphone...walaupon kini boleh katekan semua da pakat ade handphone..

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure
tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba
je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna
handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi
setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang

pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu
time kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn

mendalam..mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..

yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun
takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..bagi sape2 yang da ade anak la..

sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Monday, May 03, 2010

Ikhlaskan NIAT

Untuk renungan bersama:

Seorang pemuda bangun pagi-pagi utk solat subuh di Masjid .


Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.."

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.Lelaki itu menolak.

Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,

Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah,
kamu tetap memutuskan kembali masjid.

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,

jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat...."

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Playing With Your Food

Makanan pon ley dijadikan tempat untuk menunjukkan bakat seni..sangat cute,comel dan kreatif hasil-hasil seni nie...sayang plak bile nak pakai untuk masak dan makan..huhu..sekadar pic untuk cuci-cuci mata bagi yang tengah tension, sedeh or yang xdek perasaan..