Friday, August 27, 2010

RahsIE aS-sOlat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wallahu a'lam

Wednesday, August 25, 2010

Cincin,Gelang dan Rantai..Boleh kew lelaki pakai???

Assalamualaikum WBT..



Ape senanye eh hukum kalo lelaki pakai aksesori2 neh???

Contohnye macam cincin, gelang dan rantai la..

Ade kew aksesori laen yang dieorang pakai pada zaman sekarang neh..

Memang sekarang nie dah jadi macam fesyen plak..

Bagi dieorang kalo xdek bende2 tu semua x macho la..

Tapi,perlu kew nampak macho dengan bende2 tu..

Tak perlu kot kan..

Banyak lagi bende yang boleh buat korang nampak lebeh macho, cool, gentleman kan..

So, kat sini saye nak kongsi sikit la ape yang saye bace tentang hukum bagi lelaki yang pakai cincin, gelang ngan rantai neh yang ditulis oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat..


Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :


“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
(Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)


Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.


Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).


Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.


Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."


Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakaian gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )


Pemakaian gelang di kalangan masyarakat awam,bukan jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.


Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:


“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).


Jadi, apa yang penting kat sini ialah ilmu pengetahuan.

Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita

lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja.

Punca utama terikut-ikut dengan
budaya ini adalah kerana kejahilan dan
kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama.

Keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini

akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita.

Akhirnya, panduan ilmu yang

benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala.

Wallahu a’lam.


Sunday, August 22, 2010

Puase..Puase..Puase..

Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk saye merasa nikmat Ramadhan yang hanye menjengah setahun sekali ini..

Bulan Ramadhan yang datangnye hanye setahun sekali ini begitu dinanti-nantikan oleh semua umat islam yang kini telah pon memasuki fasanya yang ke-2 iaitu diberikan keampunan oleh Allah SWT..Begitu pantas rasenye jarum jam di dinding menggerakkan dirinye..Semakin pantas juge dirasekan bulan Ramadhan menginjakkan dirinya dari sehari ke sehari..

Fasa yang pertama iaitu dikurniakan rahmat oleh Allah kepada umatnye yang berpuase di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini telah pon berlalu tanpa kite sedari..Dan seketike nanti kite akan mule memasuki fasa yang ke-3 iaitu pembebasan daripada api neraka..Same-samelah kite sebagai umat islam berpuase pada bulan Ramadhan yang mulie ini dan ambillah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah pada bulan ini yang juge disebut sebagai bulan untuk umat islam melipat gandekan amalan masing-masing..InsyaAllah..

Alhamdulillah,pada tahun ini dapat juge saya merase nikmat berpuase sebulan di bulan Ramadhan ini bersame keluarga tercinta..Sahur bersama..Berbuke bersama..Hampir 4 tahun tak dapat rase suasane macam nie..Kadang-kadang tu dapat rase 3 atau 4 ari jew berpuase dengan family...Tapi tak kesah la kan..Asalkan dapat bersama family sekejap pon dah sangat bertuah saya rase..Sedeh tengok kawan-kawan laen yang langsung tak sempat nak merase berpuase bersame family masing-masing walaupon sehari..Tapi,takpe..Ramadhan yang akan datang insyaAllah moge Allah memberi kesempatan untuk korang semua berpuase dengan family masing-masing..

Kadang-kadang tu teringat plak kenangan berpuase dengan kawan-kawan kat kampus..Rindu rasenye nak berpuase ngan kawan-kawan semua..Walaupon kadang-kadang tu terase letih nak pegi ke kuliah,rushing ke sane, rushing ke sini,tapi bile dapat berbuke beramai-ramai seronok rasenye..Letey pon hilang..Waktu berbuke tu kadang-kadang sempat gak kuar satu dua gosip sementare nak habeskan makanan..haha..klakar-klakar..Kalo tyme takdek kuliah plak,selalu gak tertinjau-tinjau kat tingkap bilik kawan sebab bilik dieorang memang betol-betol mengadap ke arah bazar..So,usha la gerai ape yang dah bukak,gerai ape yang jual air atau makanan yang sedap..Kalo dah sampai mase nak g bazar tu,dalam otak da siap pikir da nak beli ape..Tapi,bile da sampai kat bazar laen plak yang dibeli..haha

Kalo tyme takdek kuliah plak,semestinye hari sabtu dengan ahad la..Confirm bazar tu penuh dengan student..Sampai sesak jalan..Yang paling laku tyme bulan pose nie semestinye nasi kerabu la..Memang kat depan gerai nasi kerabu nie takyah nak kate la,dah rase macam ade roadblock plak..Sesak giler..Maybe sebab susah kot nak jumpe nasi kerabu nie pade bulan-bulan laen..Kalo ade pon nasi kerabu yang dijual kat pasar malam lah..Tapi tu pon dapat rase seminggu sekali jew..

Saye nie kalo g bazar memang jenis berjimat-cermat sikit..Beli ala kadar jew..Setiap kali g bazar mesti saye akan pastikan total makanan dan minuman yang saye beli kurang dari 5 hinggit..Nak kate kedekut bukan..Saye tak kedekut la..hehe..Cume tak suke nak membazir..Beli ikut kemampuan perot nak habeskan nanti..Cukup la kadang-kadang tu dengan nasi sebungkus ataupon ape-ape jela yang b'karbohidrat dengan air seplastik..Tapi takdeklah tiap-tiap ari makan nasi bungkus tu jew kan..Kadang-kadang tu ade gak la tambahan kueh-mueh sikit..Wat simpan pas trawih la katekan..haha..

Bersahur tyme kat kampus dulu,makan ala kadar jew pon..Cukup la sekadar nak amek keberkatan dari bersahur tu..Selalunye bedal roti jew tyme b'sahur..Janji dapat beri tenage pade siang harinye..Tapi sekarang nie berbuke & bersahur kat rumah laen plak citewnye..Berbuke dengan kuih-mueh dan bersahur plak dengan nasi..Dah terbalik dengan care berpuase kat kampus dulu..Tapi tak kesah lah makan ape pon..Janji nikmat dapat berpuase tu terase kan..

Hmm,rasenye cukuplah sampai kat sini dulu kot coretan saye pada kali ini..Selamat berpuase saya ucapkan pada family saya,kawan-kawan seperjuangan,junior-junior yang masih menuntut di USM..Semoge Ramadhan pada tahun ini membawa seribu rahmat kepade kite semua..Same-samelah kite berdoa semoge segale dose yang telah kite lakukan akan diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..InsyaAllah..

Sekian,Wassalam

Friday, August 20, 2010

Keinginan Datang Kembali

Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan

Dah lame rasenye diri ini tak post yang baru..Memang lame pon..Tak yah kate pon da tau..haha..Sebab 2 la tajuk pon keinginan datang kembali..Rindunye rase nak post mende baru..Pada sape-sape yang berkenaan; Syida n Arsyafiq dan yang seangkatan dengannye lah yang selalu suruh saye update blog..ha,sekarang nie bace la pe yang da t'papar pade blog saye nie..Jenoh saye pi kejar idea nie nk post..selalu lari-lari dari saye..hehe..

Lepas da habez menghantar thesis(nie lebey kurang macam sambung citew post yang lepas la)..Masing-masing da balik kew hometown masing2 dan mule mencari bende yang nak di buat..Ade yang spesis nak melepak jew kat umah sementara nak tunggu hari b'graduasi..Ade plak spesis yang rajin nak cari keje..Saye nie rasenye t'masuk dalam dua-dua spesis yang saye mentionkn tu kot..hehe..Sebabnye bile da ade kat umah nie mule la malas nak b'gerak..nak melangkah seinci dari umah pon da dapat rase dah kemalasannye..tapi dalam mase yang same terase bosan sangat3 bile membayangkan akan berade di rumah dalam mase 2 bulan...jangke mase yang agak lame kalo nak berehat pon..Pade mase yang same jgak,Mak ngan Abah pon da mule rase resah gelisah anak die yang sowang nie asyik t'perap dalam umah jew..huhu..Akhirnye,nak tak nak kene jugak la cari keje walaupon ati nie terase berat tol nk tnggalkan umah..aiceh(senanye malas)..

Pertamanye nak citew pengalaman keje kat satu kedai nie..Pade sape-sape yang tau kewujudan kedai nie mungkin tau la kot lokasinye di mane..Pada yang tak tau xpe..saye mentionkan namenye aje ye..Pade tarikh 2hb Jun 2010, make berkerje lah saye di satu kedai nie yang di namekan Top Two Mart..Di sebabkan lokasinye yang dekat dengan umah la yang membuatkan saye rase selese bekerje kat situ..senang nak ulang-alik kalo tyme rehat..Ari pertame kerje cam bese la,rase boring,penat,semua adela..tapi bile da ari-ari wat mende yang same da rase cam hepi plak wat keje tu..So,berkenalan lah saye ngan sorang pekerje kat situ..namenye Ismahidayu..tp pnggl Ayu jew..Banyak la yang saye belajar dari die..Daripade susun-susun brang,letak tande harge,ketuk ais, kepada care nak jadi cashier..Mule-mule payah gak nk biasekan scan2 barang nie..Nampak jew cam senang..kadang-kadang tu sampai t'lebey scan pon da..Bese la,sape yg x penah wat silap kan..huhu..bile da lame-lame rase seronok plak jadi cashier nie..

Kedai nie kedai 24jam..so,ade la shift siang & shift malam..shift siang nie saye sempat merase dalam 10 ari jew..pastu da kene tukar g ke malam plak..Di sebabkan budak-budak yang keje malam asyk wat hal jew,tak datang keje la,pe la..Last-last saye ngan Ayu yg jd mangse..Tapi tak kesah la..keje tetap keje..nak bising-bising kang tak sempat nk merase gaji plak..T'pkse la terime dengan ati yg separe t'buke..Pengalaman b'keje malam nie memang banyak..Macam-macam perangai customer bile malam-malam nie..Kadang-kadang tu rase pelik gak la..Dieorang nie tak tau nak p tido kew..Tambah-tambah tyme saye keje malam nie musim bola plak..adei,memang lagi ligat la para customer nie masuk kedai..beli air,kuaci,keropok...Kadang-kadang tu yang masuk tak beli ape-ape pon da..ape,ingat kedai nie tempat persinggahan mate ngan kaki jew kew..haha..

Bile da start shift malam nie,ramai plak la jumpe ngan member-member sekolah dulu..Masing-masing da laen bile da masuk alam dewase nie..Kadang-kadang tu sampai susah tol nak ingat muke,kalo nak ingat name pe tah lagi..confem la tak ingat da..Sonok dapat jumpe kawan-kawan lame..huhu..Tapi bukan setakat dapat kenal balik ngan kawan-kawan lame jew, dapat kenal ngan kawan-kawan baru pon ramai gak..Al-maklum la,name pon kedai 24jam..Macam-macam jenis orang yang masuk kedai..Ade yang mintak no,yang bagi no pon da..suke-suke ati die jew nak bagi no die kat owang..memang tak malu tol..haha..Ade plak tu yang tak reti-reti nak kuar selagi tak dapat no..Jenoh tol nak melayan kerenah dieorang nie..Tapi bile ingat-ingat balik memang rase kelakar pon ade..haha..

Tak terkecuali kat abang-abang & pakcik bege yang sangat baek ngan ktorang..Geng-geng yang selalu lepak kat bege tu..Sonok dapat kenal ngan korang..Semuanye sporting giler..Memang strategik tol bukak gerai bege kat depan kedai Top Two neh..Meramaikan customer yg datang ke kedai n sambil-sambil tu menghilangkan rase takot ktorng bile keje malam-malam neh..Tak lupe gak nak ucap time ceh kat abang-abang & pakcik-pakcik polis coz slalu wat rondaan..Al-maklumla,bile malam-malam minggu neh selalu sangat mat-mat rempit neh datang lepak kedai..bole kecut perot kalo ramai-ramai masuk kedai..Time kaseh kat semua yang t'libat samade secare sedar atau tak..Kehadiran anda semua membuatkan saye rase hepi sangat-sangat keje kat situ..(aiceh,macam tengah terime anugerah la plak)..haha

Senanye banyak lagi nak citew nih..tapi macam da panjang sangat la plak..kang bosan plak korang-korang bace...daripade korang stop bace trus baek saye yang stop tulis dulu..hehe..InsyaAllah,kalo da umo yang pnjang & masih ade kudrat pade diri nie untuk menulis,laen kali saye post yang laen plak ye..Sebelum saye undur diri dari ruangan nie,saye nak ucapkan selamat menjalani ibadah pose & maghilah same-same kite tngkatkan amalan masing-masing..Moge-moge Ramadhan yang datang hnye setahun sekali ini jangnlah di sia-siakan..Yang baek itu datangnye dari Die yang maha Esa & segale cacat cele semuanye datang dari diri saye yang tidak sempurne ini..

Sekian,Wassalam..