Saturday, September 22, 2012

Surat Akuan Bujang

Assalamualaikum..=)

Sape kat sini dah kahwen??.. Mesti korang pernah buat surat akuan bujang kan...Nak kahwin pon payah...Ishk3!!!...Nak kene confirmkan betul-betul status tu bujang ke, anak dara ke, janda ke, duda ke baru boleh kahwin..Kalo tak, duduk la sorang-sorang sampai ke tua..hehe...

Disebabkan aku pon akan berkahwin, maka tidak terkecuali jugak la pada aku..Kene la buat jugak...Semalam dah tolong sorang staff tempat keje buat surat akuan bujang nie jugak...Jenoh tanya orang tu orang nie..Nak rujuk kat gugel, internet plak problem...Last-last kene la karang sendiri...Bila dah siap karang, dan dan plak la internet dapat..Ape lagi trus la aku search kat gugel...Gugel punye gugel, ghopenye senang je nak wat surat akuan bujang tuh...

Macam nie haa caranye...Meh aku nak share sikit dengan korang...Surat tu macam korang buat surat rasmi tu..Cara-caranya : ..(dah macam nak buat kueh plak..hoho..)...Nie contoh je tau..Jangan korang amek alamat tu sejibik mcm tu...Yang isi tu takpela...ok ok ok...



LETTER HEAD - KEPALA SURAT (NAMA SYARIKAT ANDA BEKERJA)

No. rujukan :


Tarikh         :



Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan
Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat
Islam, JAWI
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur
TEL: 03-22749333
Tuan,
PER : SURAT AKUAN BUJANG
Kami menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas, bahawasanya SI POLAN BIN SI POLAN No kad pengenalan; 000000-01-0000, bekerja di Syarikat kami sebagai Finance Manager.
2.    Mengikut rekod di Syarikat kami; SI POLAN BIN SI POLAN masih BUJANG dan BELUM PERNAH BEKAHWIN.
3.   Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau. Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

----------------------------------
(NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT)
(JAWATAN)

**P/S : PADA SAPE-SAPE YANG TAK BEKERJA TU BOLEH LA DAPATKAN SURAT AKUAN BUJANG NIE KAT KETUA KAMPUNG OR PEJABAT AGAMA....TAPI BAGI YANG BEKERJA BUAT UNDER SYARIKAT LAGI MUDAH..TYME TYME TU JUGAK KOME BOLEH DAPAT TANDANGAN MAJIKAN..MUDAH KAN..SELAMAT MENCUBA..=)






No comments:

Post a Comment